Hari ni telefon Koperasi Tanjong Keramat (Kuala Lumpur) 03-20789313 lagi sekali selepas lebih kurang 1 bulan berlalu. Sembang dengan seorang pegawai lelaki berkaitan kemajuan proses pembatalan pemotongan Angkasa melalui pinjaman yang dibuat melalui CIMB.
Bukan main susahnya nak tamatkan proses ni...dulu masa buat pinjaman takda la pulak kena berurusan dengan koperasi...bila nak selesai kena pulak berurusan dengan koperasi...ish ish ish. Mula sekali masalahnya pinjaman walaupun dah buat full settlement tapi akaunnya masih aktif. Pihak CIMB masih belum tutupnya...alasan tidak mendapat permohonan secara bertulis daripada peminjam (saya la tu). Pihak Bank Islam buat bayaran terus dengan CIMB...tak tau pulak saya pun kena buat permohonan...tu yang sangkut...ni bagi pihak CIMB la.
Bagi pihak koperasi pulak...dia orang kena dapatkan pengesahan dari pihak CIMB...selagi pihak CIMB tak bagi pengesahan...selagi tu pemotongan terus berjalan. Saya pun minta la nombor telefon pegawai CIMB yang boleh saya hubungi daripada pegawai koperasi...dapat la nombor ni 03-21732804 (Cik Noor)*. Terus la saya telefon nombor tu...CIMB kata kena tau dulu maklumat berkaitan denda full settlement yang dikenakan oleh koperasi...sama ada saya kena top-up ataupun tidak. OK...denda full settlement...terus saya telefon koperasi...sembang dengan pegawai lelaki yang tadi...maklumkan kepada dia...dia pun bagitau yang akan maklumkan kepada pegawai yang berkaitan untuk telefon balik kerana dia tu tengah rehat.
1.30pm...2.00pm...2.30pm...3.00pm...saya telefon koperasi untuk mengetahui maklumat berkaitan...kali ni sembang dengan pegawai perempuan...selepas maklumkan tujuan saya...dia minta untuk telefon pegawai CIMB. Tidak lama kemudian pegawai CIMB telefon saya maklumkan denda full settlement RM 1,816.13...setakat ni pemotongan yang ada RM 1,293.95...tudia...kena top-up RM522.18. Cara pembayarannya melalui akaun CIMB yang ada...selepas saya masukkan jumlah berkenaan saya pun telefon nombor ni maklumkan 03-20352252 (Zara)*.
Selepas diselesaikan denda tu...dalam masa tiga hari bekerja la prosesnya...hari ni tak dapat buat sebab dah tutup...kena tunggu esok...jadi tiga hari bekerja...lebih kurang hari Rabu 11 Jun 2014 siap la kot...pemotongan akan terus berjalan selama 2 bulan...yang ni akan dapat balik...lepas tu siap la kot. Insyaallah.
P.S.
Sepanjang proses berlangsung...layanan dan bantuan yang diberikan oleh pihak pegawai koperasi dan CIMB sangat memuaskan...SYABAS.
* Maaf kiranya nama salah eja...bunyinya lebih kurang macam tu la noh.
61 ulasan:
Dapat tak duit dengan koperasi.. saving tu
Belum
Yuran koperasi rm30 tu masih dipotong ke dah stop w'pun loan dah fully settled?
Aslkm.. Saya mohon agar ditutup akaun pemotongan gaji bg semua bayaran yg telah dilangsaikan termsuk potong an bulanan koperasi ke atas nama saya Abdul Haris Bin Othman 1601254013..saya telah pun settle semua pelbgai proses gila koperasi.. Tolong disegerakan Sebelum sy ambil tindakan selanjutnya.. Harap diberi penyata kerana saya mau tahu berapa jumlah pemulangan semua semua Wang termsuk pemotongan bulanan koperasi. Jutaan Terima kasih utk oegawai Bank cimb yg me layan saya dgn baik. Saya dh hntr ke DuA alamat kk Dan KL surat tp pos laju kembali blk kerana alamat telah tiada.. Segala urusan sila BERHUBUNG dengan email ini Dan no hp 01159050391..t.kasih
pemotongan koperasi melalui angkasa tu dah berhenti ke? dan dah dapat ke pemulangan duit koperasi tu?
boleh tahu tak prosesnya..kena buat surat pemberhentian dulu ke? sebab saya pun masih kena potong rm 30. call semua no tiada dalam perkhidmatan. =(
Ni lah yang dinamakan bangsat....masa pinjam laju jer....bila dah stop mcm hape je.....aku pun dah bertahun dok lah kena potong 15 inggit kat koop ape jadah...x pernah nak angkat telepon..!
saya pun masih berjalan ptgn koperasini...dah bertahun full settlement...no mana nk dhubungi
Nak tau.. ada dpt apa2 statement tak potongan koperasi rm30.. sy snpai ari ni xpenah dpt apa2 dr mula2 pinjan
Saya mengalami masalah yg sama. Dah hantar surat utk minta pngesahan penyelesaian penuh pinjaman PPSA dan dihubungi oleh CIMB semula tapi diorng kata blm dpt diproses oleh koperasi tg keramat sebab MCO. Skrng ni tgh tunggulh berapa denda kop. Potongn masih brjalan 4 bln dah ni. Pinjamn overlap potong campur pinjaman baru. Mati kutu jg ni klu brterusan.
10 thn sy jadi ahli koperasi tg keramat, satu faedah pun x pernah dpt
mcm mn ye nak buat dgn Koperasi ni, sy mengalami nasib yg sama..
Apa masalah koperasi ni, telefon tak di jawab.
Saya mohon pihak koperasi jawab telefon. Tolong la jaga nama baik koperasi sendiri.
Sy mintak pihak koperasi hubungi sy serta merta..byk persoalan yg perlu diselesaikan..0174754282
Dah lama bermasalah dgn koperasi ni..tlg hubungi sy dgn segera. Jagalah nama baik koperasi tuan..
Ni num terbaru yg sy dpt, cubalah col walaupun mmg xde yg pickup...boleh wassap juge..dpt num dr ar rahnu tanjung keramat...katanya baru pindah opis...Ni numbernya : 011-36983392 berckp dgn pn.noraida @ en.hamzah
Kalau nak ke opis terbaru ni alamat nya : Lot 4434, 1-2 Jalan 20C, Kg Cheras Baru, 56100 KL...katanya 1 bgnn 4 tkt gitu...sy x pasti sbb belom pergi...insyaallah kalau berjaya jmpe tmp ni...nnti sy update..sy pon dah 5 thn belom stop lg potongan tu...byk gak tu
Ni num terbaru yg sy dpt, cubalah col walaupun mmg xde yg pickup...boleh wassap juge..dpt num dr ar rahnu tanjung keramat...katanya baru pindah opis...Ni numbernya : 011-36983392 berckp dgn pn.noraida @ en.hamzah
Kalau nak ke opis terbaru ni alamat nya : Lot 4434, 1-2 Jalan 20C, Kg Cheras Baru, 56100 KL...katanya 1 bgnn 4 tkt gitu...sy x pasti sbb belom pergi...insyaallah kalau berjaya jmpe tmp ni...nnti sy update..sy pon dah 5 thn belom stop lg potongan tu...byk gak tu
tudia sshnye...nak tanye la mmg dlm setahun 2 kali ke kenaikan dia???maksudnya potongan angkasa ni mmg akan naik dan terus naik ke???? Masalah dgn bank ok...masalah koperasi pulak melampau²...boleh tlg jelaskan bahagian koperasi???
Saya ade msg koperasi di fb...Dan koperasi suruh buat surat then email ke koperasi
Kalau dah buat fullsettlement dengan koperasi..angkasa masih tolak ke..ke die tolak yuran koperasi yg rm30 tu je...
Wlpn dah fullsettlement angkasa masih tolak ke..ke die masih potong yuran koperasi rm30 tu je..confius jap ni..
nak tanye..apa faedah jd ahli koperasi ni ye? dkt 10 thn dah duk byr rm30 sebulan
Nasihat kpd semua penjawat awam, sebaiknya elak guna koperasi angkasa ni. Sekiranya kita loan 10 tahun ie 120 bulan, dgn rm30 sebulan, kita perlu bayar yuran keahlian bulanan berjumlah RM3600. Faedahnya setakat potong di payslip. Dah habis bayar loan pun sudah nak tamatkan keahlian.
Sy hri tu rm30 duk tolak, skrg rm102 dah, mampus la mcm ni, loan dah lama dah abis..
Ada tak sesiapa yang settle masalah tu? Saya pun dah call banyak kali, tetapi tak jawab.....ada sesiapa report police untuk settlement?
Salam semua...TQ atas kunjungan noh...Maaf le sebab dah lama tak aktif dalam blogging ni...Masalah saya dengan potongan Koperasi ni selesai pada bulan Julai 2014...Kira sebulan daripada proses terakhir tu la...Tiada lagi potongan Koperasi sekali dengan potongan loan CIMB dalam slip gaji...Seingat saya tidak ada la sebarang faedah yang dapat sepanjang menjadi ahlinya...Komunikasi saya dengan Koperasi ni pun sebab nak potong potongan tu je...Harap dapat membantu noh...:)
Sekrg koperasi tutup sbb pkp.saya nk tnya soalan pun x boleh.
Saya ada buat pinjaman baru, dah settle satu akaun bank agro.. Tapi sudah masuk bulan ke-4. Ada lagi potongan angkasa dalam slip gaji.. Kemudian bank agro refund semula.. Masalahnya dalam slip gaji saya jadi banyak lah potongan nya...
Emel kepada noraida@kooptk.com
Salam saya sah 4 bulan buat fullsattlemen tapi gaji masih dipotong camner nak buat yer pkpnopis tutup. Boleh bantu sayabker camner nak buat
Saya pun dah buat full settlement, saya dah cuba hubungi ofis baru 03-40112313 dan pn noraida 011-36983392 pun tak berjawab. Call CIMB, CIMB inform kne call Angkasa, call angkasa deme plak inform kne call Koperasi Tanjong Keramat. Adoi la hai pinjaman ini memeritkan,cecepat la setel. Pengajara jangan buat loan dengan CIMB coz deme guna koperasi, humrmm
Memang koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu ni penipu. Saya buat pinjaman koperasi ni melalui cimb. dah le loan rm376 sebulan tp kena tambah lagi rm18 caj koperasi dan lain2 caj. bila full settlement tahun 2020 lepas 8 tahun. koperasi mintak bayar lagi c0opperative caj berjumlah 2 ribu lebih. dah le byr bulan2 extra. bila tamatkan nak kena caj lagi. dah le x pernah dpt benefit ahli
Bayaran bulanan ahli rm30 tu bukanke kita blh claim semula bila kita tamatkan pinjaman?
ni no yg sy dpt dr koperasi
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi dibahagian penyelesaian melalui telefon nombor 03-40112313.
Kene report pada PPIM ni. Menindas golongan awam. Benefit jadi ahli koperasi xda, tapi kena bayar bulan2..
Lepas buat full settlement, berbulan2 masih kene potong dlm slip gaji. Mintak surat full settlement dari cimb, cimb cawangan kata dah x dikeluarkan surat full settlement ni. So nak settle mcm mana ni? Takkan potongan berlarutan walaupun dah dibuat full settlement?
Salam cik..mau tnya...saya baru mau buat surat berhenti ahli kop...yg 30 tu,dr 2011 lg...smpai sekrang,berapa lama tggu dpt balik pemulangan duit tu ye?☺️
Untuk makluman semua, prosedur untuk full settlement dengan Koperasi TK / CIMB ni memang remeh dan banyak gila proses nye.
1. Pergi ke CIMB -- isi borang redemption CIMB Awam I (jangan amik anggaran kasar punya)
2. After 4 / 5 hari, u akan terima email dan surat drpd CIMB yg memaklumkan mereka dan hantar info kepada Koperasi
3. Surat pengesahan from Koperasi oleh Encik Mohd Hamdan akan disediakan dan hantar kepada CIMB
4. Proses ini semua akan makan masa 3 hingga 4 minggu.
5. Untuk yuran RM30 yg kita bayar pada koperasi, setelah selesai full settlement, boleh contact koperasi , cari Puan Aida dan isi borang berhenti jadi ahli koperasi. Mereka akan proses dan refund semula duit keahlian yg kita dah byr selama mana kita jadi ahli tu... Tanpa dividen or anything tau.
6. Proses ni makan masa sebulan lagi.
Begitulah cerita nya... NO Phone Koperasi : 03-4011 2313
Memang nilai loan akan berlainan bila Kita mintak penyata "Full Settlement" ke?.. baki last check loan kat CIMB clicks 41k, dekat penyate settlement 47k?..
Dengan siape kite perlu berhubung?.. sesiapa ade pengalaman?
Memang akan berbeza dalam 6 ribu lebih bila kita nak buat full settlement. Koperasi akan charge macam-macam benda yang tak munasabah dan tak masuk akal. (Untung atas angin).
Ni charges yg saya kena...
1. tawidh (gantirugi) -- ntah apa yg dia rugi tah
2. Caj penyelesaian awal (Koperasi) --- patutnya bayar cepat lagi kurangkan... ni kita mcm kena denda dgn koperasi kalau byr habis awal --- sini laaa yg sampai 6 ribu lebih
3. takaful koperasi -- tang ni... saya pun tak faham... apa pasal kena bayar takaful lagi... sedangkan kita dah xde loan lagi dah dgn dia. -- yg ni 7 ratus lebih
4. caj keluar penyata - RM150 .... gila kan koperasi ni... bank kluar penyata FREE jer... dorang keluar penyata...kita kena byr.
Sampai mati memang takkan buat loan dengan koperasi dah.... Ah Long berlesen... ni lah dia...
aku terus kensel nak buat overlap, tunggu aje lagi 10tahun habis loan, stop & tutup terus ngan koperasi tanjung ni.. elok lagi Koswip punye management
Mmg bangsat giler. Buat loan ngan cimb pastu kena setel dgn tanjung keramat. Caj yahudi yg ntah apa2. Nk setel awal pun kena denda..dh la dlm cimb clicks stmnt lg rendah dr stmnt tanjong keramat bagi. Konon2 ada tulis rebet tp pas tebet pun lg mahal drpd stmnt yg ada dlm cimb clicks...kat sapa nak mengadu benda mcm ni? Melampau sgt la.
Koperasi tanjung keramat ni mmg penuh keramat la.. rasanya kena ada buat report dgn pihak suruhanjaya koperasi malaysia. Ambil duit yuran setiap bulan tanpa bg benefit pd ahli. Next, perlu berhati2 nk buat loan dgn bank yg deal dgn koperasi mcm ni.
Setuju.. mmg along diorg ni. Jom report kt Suruhanjaya Koperasi Malaysia.. sya pun geram sgt dgn diorg ni.. pastu xmesra pelanggan langsung.. siap salahkn kita sbb byr loan awal. Selama ni koperasi ni kaya dgn duit kita byr yuran ahli je.
Saya nk blacklist je buat loan dgn cimb ni. Byk masalah xmcm bank lain yg mesra pengguna.
Tuu la..xdpt apa² hampehhh
Terima ksh atas pencerahann..duit tuu kita dpt balikk ke puan..potongan koperasi tuu
Jom ramai² pakat buat aduann..pasall mcm ni terukk sngt
Sy ingtkn sy sorang je yg terkesan ngn koprasi tg keramat ni.. tgk kt cimb click baki loan ada dlm 62k.. klu buat full settlement based on amaun cimb click boleh ke? sbb sy dh buat bayaran full mengikt amaun dlm cimb click tuu.. then bila penyata penyelesaian awal smpai.. kemain banyak plk hidden charge nyee.. dendan 3k lebih.. caj takaful 3++ byran pnyta 150.. ah gilooo.. tp masalahnya skg sy dh pn buat bayaran penuh.. dan amaun kt cimb click pn dh jadi zero.. bila call cimb centre.. mereka ckp 7 ari bekerja proses tuk penutupan akaun.. cuma persoalan sni adakah klu cimb dh tutup akaun tu denda2 bagai koprasi tu perlu setel kan lagi? aghh stresss
Selagi xhabis loan CIMB tak bleh behenti Ka potongan koperasi ni..?
Betulla memang teruk sangat koperasi tg keramat ni.
saya baru terperasan kena bayar keahlian rm30 sampai habis loan.
belum masuk hidden caj rm 16
giler. saya ckp kat koperasi, kalo kita jadi members Aeon pun kos membership setahun sekali kenapa awak tiap-tiap bulan kena potong!
Mungkin awk buat full settlement tanpa penyata full settlement? Lagi satu,koperasi ni kalo da habis bayar,deorg stop kan potongan je,tapi yuran keahlian masih berjalan. Jahat deorg ni..
Kebanyakan koperasi mcm tu. Yuran potong tiap2 bulan. Dlm agreement potongan 270. Tapi kt payslip potongan jadi 310. Makan duit haram tiap2 bulan. Lps full settlement plak,kne apply plak lagi utk berhenti jadi ahli.. proses plak 3 bulan. Terukk mkn duit haram.
Berapakah tempoh refund dibuat setelah berhenti menjadi ahli koperasi tanjung keramat?
Kalau koperasi lain full settlement kita yg dapat duit / diskaun full settlement. Peliklah. Kerja menipu ja dorang ni. Dapat duit bawak pergi haji.. haji babi!!
Jom tuan buat group fb, kita kumpul ramai2 mangsa tanjong keramat x cimb ni. Kemudian ramai2 hantar bantahan dekat suruhanjaya koperasi malaysia
Bnyk kena denda tu. Berpuluh ribu nanti. Dah masuk mulut buaya dah tu tuan
Kena buat permohonan. Saya pernah kena dgn kowamas, tapi saya terus hantar emel report kerja jahat mereka pada suruhanjaya koperasi
Koperasi tanjung keramat penipu..scammer
Same like me about rm30 what the membership **** after loan runs out
Paling pelik,caruman 30 sebulan sepanjang 20 tahun..xda dividen ..satu2 nya koperasi x bg diveden dgn ahli yang mencarum..pelik tapi benar.
Untuk pemberhentian keahlian dan pemulangan sumbangan ke koperasi boleh wasap ke no +60 11-3698 3392. nanti koperasi akan bagi borang penamatan keahlian.
Catat Ulasan