Selasa, 12 April 2011

PINJAMAN PERUMAHAN 3

Semalam tengah duduk kat pejabat pendidikan khas...terima la sepucuk surat dari Bahagian Pinjaman Perumahan...Perbendaharaan Malaysia...bila dah tau surat tu dari mana...dah dapat agak dah apa isi surat tersebut...pasti ada dokumen yang tak lengkap ni...buka je surat...tudia...tepat tekaan tu...alangkah baiknya if dapat meneka nombor setepat ini...hihihi...betul ada dokumen yang tak lengkap...katanya Borang 6 (Pindaan Borang 10)AKUJANJI PEMOHON MENANGGUNG RUGI (INDEMNITY) KERANA MEMBELI HARTA DARIPADA PENJUAL (INDIVIDU) YANG MASIH ADA HUTANG BANK...huhuhu...

Habis sekolah ada mesyuarat...sebelum ke tempat mesyuarat tu singgah kat pejabat pos beli sampul pos ekspres...tengah mesyuaratdapat la panggilan dari pejabat peguam pasal surat tu sebab ada s.k. kepadanya...tanya dia pasal saksi...dia kata sapa-sapa pun boleh...senang la gitu...tungguuu...

Apa lagi...balik sampai rumah terus la cetak borang 6 tu...semangat nak isi dan hantar malam tu jugak...tengok-tengok ada satu ruangan yang tak tahu nak isi...nak telefon pejabat peguam pun dah tutup...kena tunggu esok jugak la...takpa sabar-sabar...jangan terburu-buru...pi bagi saksi tandatangan dulu...terima kasih noh...

Hari ni pagi-pagi lagi dah telefon kat pejabat peguam tu tanya pasal ruangan tu...siap terus isinya...kebetulan pulak pagi tu dapat surat dari JPPH menyatakan yang proses penilaian dah selesai dan maklumatnya telah dihantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan...terus je la kepilkan sekali kerana dalam surat tu ada jugak sebut mengenai penilaian tu...tapi boleh diabaikan sekiranya telah dihantar borang 1...lepas sekolah terus la p hantar...harap-harap berjalan lancar la lepas ni...TQ Sayanggggg...Oh oh oh...kiranya kena macam ni...kat atas kiri sampul surat kena tulis 'Kuiri Proses' noh... :)

Tiada ulasan: