Jumaat, 29 April 2011

LAWATAN DAN MyHOME R16...SAH

27/04/2011 [Rabu]...Boleh kata hari yang cukup mengembirakan...maaf noh...minta kebenaran gelak kejap...wahahahahahahahahahaha...hari ini ikut lawatan sambil belajar PKBP ke Kuala Lumpur...naik keretapi...selesa betul...masa yang ambil lebih kurang 3 jam je dari Ipoh dan sampai KL Sentral...

Sampai KL Sentral naik pulak bas Rapid KL ke tempat penginapan...PNB Darby Park Executive Suites...layanan yang diterima...first class...terima kasih kepada pihak PNB...terima kasih banyak-banyak...dah la bagi bilik percuma...makan dan minum jagu percuma lagi sedap...staf-staf pula cukup mesra...dari pihak atasan hingga la ke kakitangan yang lain...terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada pihak PNB...

Sampai je kat bilik...Apartment 2 bilik 3 bilik air...dapat sms dari Puan Hamsah...dia tanya mengenai status permohonan pinjaman...balas la yang kali terakhir tengok kat laman web tu masih dalam proses...huhuhu...tiba-tiba dapat 1 sms dari...15888...buka baca sms tu...ni isinya..."RM0.00: BPP: XXXXXXXX5029 pinjaman utk akaun XXXXXX sebanyak RMXXX,XXX.00 telah diluluskan pd 26/04/2011 dgn anggaran byrn balik RMXXX.14 selama 360 bulan"...angka tu kena XXX la demi keselamatan...terus la sms Puan Hamsah...dari sms balasnya...cukup gembira dia dapat berita ini...kejap noh...wahahahahahaha...suke...SAYA SUDAH ADA RUMAHHHHH!!!!!...hutang tu belakang kira la noh...hihihi...semak kat laman BPP...selain maklumat mengenai kelulusan tersebut...turut dinyatakan maklumat berikut :
" Nota
- Sila lengkapkan borang setuju terima dan kembalikan kepada Bah. Pinjaman Perumahan.
- Sila hubungi peguam untuk urusan cagaran."

Lepas makan tengah hari...naik bas Rapid KL ke PWTC untuk sertai Pameran Buku Antarabangsa...beli la 2 buku dan 1 majalah...ada sebuah tu dah lama cari...dulu tengok kat MPH Ipoh...lebih kurang RM100.00...tak beli masa tu...lepas tu dah takda...cari puya la cari...akhirnya jumpa kat Pesta Buku Antarabangsa ini...harganya RM60.00 aje...nasib baik...selepas itu balik la ke Darby menaiki bas Rapid KL...terima kasih kepada pihak Prasarana yang telah menyediakan perkhidmatan bas kapada kami secara percuma...

Malam kat Darby...makan la malam kat Restoran 39...restoran yang berada di tingkat 39...pada malam itu...restoran tersebut memang khas untuk kami sahaja...hebattttt...boleh menyamu selera sambil menikmati pandangan sekitar KLCC pada malam hari...sambil dihiburkan oleh penyanyi dari pihak hotel dan anak murid yang cukup semangat berkaraoke...ada la buat 2 persembahan...mendeklamasi sajak dan nyanyi lagu 1Malaysia...anak murid la yang buatnya bukan saya...selesai penyampaian hadiah...masing-masing kembali ke bilik untuk tidur...

28/04/2011 [Khamis]...turun bersarapan di tingkat 1...lepas tu terus berjalan ke Menara Kembar Petronas untuk naik ke SkyBridge yang terpanjang dan tertinggi di dunia...sebelum naik tu ada la tengok tayangan berkaitan Menara Berkembar Petronas tu sekejap...lepas tu naik ke SkyBridge...cantik pemandangannya...terus la ambil Nokia rakam...cantikkkkk...tapi masa yang diberi terlalu singkat la...15 minit je sebab ada ramai lagi kumpulan yang menunggu giliran nak naik...mendengar penerangan dari pihak pengurusan...kalau nak naik tu...sekolah kena buat permohonan sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal untuk memastikan tarikh yang nak tu dapat...setiap hari pulak ada had tiket untuk para pengunjung...kalau tak salah dengar...960 keping je sehari...terima kasih pihak pengurusan Menara Kembar Petronas...

Kat KLCC tu bukan kami je yang naik...kena ada sukarelawan bersama...ini kerana syaratnya adalah 1 Pengiring 2 orang murid...jadi kena la minta bantuan sukarelawan...mujur dapat kerjasama dari pihak Rakan Muda...dah la teman kami...siap belanja makan pizza lagi...dah la tu sumbang lagi RM200.00...baik benar...terima kasih yang tidak terhingga...

Lepas tu balik ke Darby untuk mengemas...tepat 2.30pm keluar la kami dari Darby menuju ke Stesen Ampang untuk menaiki LRT ke KL Sentral...sampai je kat KL Sentral...turun la ke McDonald untuk ambil sumbangan makan dari McD...terima kasih...lepas tu ambil pulak sumbangan makanan dari KFC...terima kasih...mewah benar la makannya...jam 6.15pm kami 30 murid 7 guru dan 1 ibu murid pun menaiki keretapi balik ke Ipoh...sebelum 9.00pm dah sampai kat Stesen Keretapi Ipoh...semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku...terima kasih kepada semua murid dan ibu murid yang memberi kerjasama...semua guru yang menjalankan tugas yang diberi dengan baik sekali...terutamanya kepada Cikgu Yus yang bertungkus-lumus mencarikan penaja untuk program lawatan kali ini...Terima kasih...

Tiada ulasan: