Selasa, 29 Mac 2011

HARI YANG TERAMAT SIBUKKKKK...

Hari ini cukup sibuk...hohoho...sibuk pasal pinjaman rumah la...kena sediakan dokumen-dokumen yang nak hantar ke Jabatan Penilaian dan Harta dan Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan...kena bagi Pengetua sahkan salinan dokumen-dokumen tu...banyakkkkk benar kena sediakan...Kebetulan pulak hari ini ada Pertandingan Mendeklamasikan Sajak...ada seorang murid PKBP ambil bahagian dalam kategori B...hebat...cukup hebat...syabas cikgu-cikgu yang bertungkus-lumus melatih dia...terima kasih...Satu lagi kebetulan iaitu Latihan Kebakaran turut diadakan kat sekolah selepas itu...Pengetua tandatangan belum sampai separuh dah kena gegas keluar...loceng kecemasan dan bunyi...Kringgggggggggggggggggggggg...kena keluar dalam masa 3 minit...kalau tidak...rentung beb...rupanya api ni dalam masa 4 minit je sudah sampai kemuncak semaraknya...ish ish ish...Selesi latihan sambung tandatangan la...Masa balik p la beli Wang Pos bernilai RM110.00...kena komisen tambahan RM1.70...RM100.00 komisen RM1.70...RM10.00 komisen RM0.50...dan beli 2 sampul Pos Ekspres

Dalam pukul 3.30pm sampai la kat Bangunan Sri Kinta...hujan renyai-renyai...saya pun turun la parking kat tempat parking yang disediakan...ingatkan ada bumbung tak kena la hujan...mana la tau kena letak kat luar jugak...parking dalam tu untuk yang berpelekat saja...dah la kena bayar RM2.00 sekali masuk...tapi lebih baik dari kena saman la...Lepas tu masuk dalam bangunan cari Jabatan Penilaian dan Harta...naik escalator sampai tingkat 3 je dah tak boleh naik...ambil la lif ke tingkat 6...buka-buka lif tudia pintu belakangnya...situ ada papan tanda tulis bagitau yang kena guna lif di menara sebelah...aduhai...kena la turun ke tingkat bawah semula...cari itu lif...tanya brother seorang tu dia tak tau di mana jabatan tu...masa ronda-ronda kotaraya tu jumpa la cinema...standard jugak cinema dia...filem-filem yang tayang pun baru-baru punya...tak sangka betul...hebattt...Kat tingkat bawah tu tanya la makcik yang buka kedai makan...dia bagitau kena keluar dan belok kiri...masuk ikut pintu bangunan sebelah...bangunan sebalah apa ni?...nampak sama je...saya pun p la...masuk je terus bagitau pakcik jaga kat situ nak ke Jabatan Penilaian dan Harta...tingkat 8 jawabnya...betulll...jumpa jugak akhirnya...fuhhhh...

Serah la borang kat pegawai yang bertugas di kaunter...tanya dia kalau takda pelan lantai rumah boleh ke?...dia buat panggilan tanya pegawai lain...jawapannya... BOLEH...kalau rumah jenis yang nak beli tu boleh diterima kiranya takda pelan lantai sebab dia orang ada simpanannya...kalau rumah kampung lain la...susah sikit...Nasib baik la...mau tidak mana la saya nak cari pelan tu???...huhuhu...Selesai la satu tugasan...hihihi...Dia kata biasanya dalam masa 10 hari siap la...kalau nak telefon tanya...bagitau je nombor lot yang tercatat dalam resit yang dia bagi...nama je resit tapi tak kena bayaran pun...penilaian yang dibuat biasanya ikut harga pasaran di tempat berkenaan...oh gitu...

Malam ni kena la pulun isi sampul Pos Ekspress sebab esok nak terus hantar ke Putrajaya...harap-harap segalanya akan berjalan lancar macam hari ni la...TQ Sayanggggg...

Oh hampir lupa...Kayangan banjir pulak dah...

Tiada ulasan: