Hari ni telefon Koperasi Tanjong Keramat (Kuala Lumpur) 03-20789313 lagi sekali selepas lebih kurang 1 bulan berlalu. Sembang dengan seorang pegawai lelaki berkaitan kemajuan proses pembatalan pemotongan Angkasa melalui pinjaman yang dibuat melalui CIMB.
Bukan main susahnya nak tamatkan proses ni...dulu masa buat pinjaman takda la pulak kena berurusan dengan koperasi...bila nak selesai kena pulak berurusan dengan koperasi...ish ish ish. Mula sekali masalahnya pinjaman walaupun dah buat full settlement tapi akaunnya masih aktif. Pihak CIMB masih belum tutupnya...alasan tidak mendapat permohonan secara bertulis daripada peminjam (saya la tu). Pihak Bank Islam buat bayaran terus dengan CIMB...tak tau pulak saya pun kena buat permohonan...tu yang sangkut...ni bagi pihak CIMB la.
Bagi pihak koperasi pulak...dia orang kena dapatkan pengesahan dari pihak CIMB...selagi pihak CIMB tak bagi pengesahan...selagi tu pemotongan terus berjalan. Saya pun minta la nombor telefon pegawai CIMB yang boleh saya hubungi daripada pegawai koperasi...dapat la nombor ni 03-21732804 (Cik Noor)*. Terus la saya telefon nombor tu...CIMB kata kena tau dulu maklumat berkaitan denda full settlement yang dikenakan oleh koperasi...sama ada saya kena top-up ataupun tidak. OK...denda full settlement...terus saya telefon koperasi...sembang dengan pegawai lelaki yang tadi...maklumkan kepada dia...dia pun bagitau yang akan maklumkan kepada pegawai yang berkaitan untuk telefon balik kerana dia tu tengah rehat.
1.30pm...2.00pm...2.30pm...3.00pm...saya telefon koperasi untuk mengetahui maklumat berkaitan...kali ni sembang dengan pegawai perempuan...selepas maklumkan tujuan saya...dia minta untuk telefon pegawai CIMB. Tidak lama kemudian pegawai CIMB telefon saya maklumkan denda full settlement RM 1,816.13...setakat ni pemotongan yang ada RM 1,293.95...tudia...kena top-up RM522.18. Cara pembayarannya melalui akaun CIMB yang ada...selepas saya masukkan jumlah berkenaan saya pun telefon nombor ni maklumkan 03-20352252 (Zara)*.
Selepas diselesaikan denda tu...dalam masa tiga hari bekerja la prosesnya...hari ni tak dapat buat sebab dah tutup...kena tunggu esok...jadi tiga hari bekerja...lebih kurang hari Rabu 11 Jun 2014 siap la kot...pemotongan akan terus berjalan selama 2 bulan...yang ni akan dapat balik...lepas tu siap la kot. Insyaallah.
P.S.
Sepanjang proses berlangsung...layanan dan bantuan yang diberikan oleh pihak pegawai koperasi dan CIMB sangat memuaskan...SYABAS.
* Maaf kiranya nama salah eja...bunyinya lebih kurang macam tu la noh.