Dasar berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia telah mula dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran 1961 ini kemudiannya telah disemak seterusnya diganti dengan Akta Pendidikan 1996. Bagi tujuan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia, Kementerian Pendidikan telah mengadakan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Berdasarkan kepada Akta Pendidikan 1996 - Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, 'murid-murid dengan berkeperluan khas' bermakna murid-murid yang mempunyai :
- kecacatan penglihatan atau
- kecacatan pendengaran atau
- masalah pembelajaran
- suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran.
- suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau mmpunyai masalah pembelajaran; dan
- suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
"Program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus."
(Gargiulo, 2003)
"Pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain."
(Friend, 2005)
"Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas." (Hallahan dan Kauffman, 2006)
"Pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa." (Chua Tee Tee, 1982)
"Satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara." (Mansor, 2005)