Ahad, 27 Februari 2011

MALAM PERTAMA

Malam pertamaku di rumah 16...clear...:)

Sabtu, 26 Februari 2011

RUMAH 16

Malam ini 26/02/2011 [Sabtu]...ku akan bermalam di rumah 16 buat pertama kali...TV dah ada...internet pun ada...uuuhhhhh...rumahku syurgaku...:)

Jumaat, 25 Februari 2011

ASTRO

Semalam 24/02/2011 [Khamis] p Astro kat Greentown, Ipoh untuk batalkan langganan yang kat Kampung Jejawi, Perlis...Buka kat Perlis...nak batalkan di Perak...boleh...ikutkan di mana-mana pun boleh...Syarat pembatalan kena maklumkan sebulan awal...dalam masa sebulan tu bil masih dikeluarkan sehingga la sampai tempoh sebulan dari tarikh mula maklum kat Astro...baru la ditamatkan langganannya...Nasib baik adik dah call pada 28/01/2011...kalau tak kena la derma kat Astro lagi sebulan sebab tak boleh nak tengok dah...dah kena potong siaran pasal lambat bayar...hahaha...Jadi lepas 28/02/2011 kena la p hantar kad tu kat Astro...dalam masa 3 bulan dari tarikh siaran dimatikan...kalau tak akan dibil semula...

Rabu, 23 Februari 2011

HAPPY BIRTHDAY DAN BOCOR

P makan jamuan hari jadi Datuk K kat McDonald Kampar...3 peneroka PKBP SMK Bidor semuanya hadir...bahagia sangat rasanya...walaupun ringkas namun cukup bermakna...Happy Birthday Datuk K...:)
Perjalanan p dan balik hujan sangat lebat...ambil peluang ini p la tengok rumah 16...ada kebocoran di ruang tengah rumah...alahaiii...serupa itu Parlimen jadinya...bocorrrrr...

Selasa, 22 Februari 2011

STREAMYX

Hari ini 22/02/2011 [Selasa]...orang Telekom telah datang memasang line telefon dan Streamyx kat rumah baru...siap dalam masa 1 jam...kena bayar RM 50.00 untuk pemasangan line telefon...Dah siap pasang tu apa lagi...online le...download lajunya...wahahahaha...puas...Dapur gas kat rumah pun boleh pakai...bertuahnya rasa...ahhhhh...

Isnin, 21 Februari 2011

PPG 2011

Semalam 20/02/2011 [Ahad] dapat 1 sms dari MOE...RM0.00: MOE: Tahniah! Anda telah berjaya ditawarkan Program Pensiswazahan Guru 2011. Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.moe.gov.my mulai 21/02/2011...hohohoho...YAHOOOOO!!!...Hari ni terus la layari...Dah login...lepas tu...
TAHNIAH !
ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU BAGI AMBILAN 2011.
MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
NOKP : XXXXXXXXXXXX
NAMA : USILA A/L CHAROL@ENDIN CAROL
SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN OLEH INSTITUSI YANG MENAWARKAN PENGAJIAN DALAM MASA TERDEKAT.
...Dapat kat mana tak tau lagi...berdebar-debar la pulak tunggu suratnya...Harap sahabat-sahabat yang lain pun berjaya la noh...:)

Ahad, 20 Februari 2011

KETENANGAN 2 HARI 1 MALAM

Ahhh...sampai ke 211 dengan selamat sejahtera...Percutian 2 hari 1 malam ke Lenggong...Layanan?...5 bintang...Makanan?...sedaaappp...Sampai-sampai dah pekena laksa...kegemaran tu...malam makan nasi...Bangun pagi makan nasi lemak...kukus lagi...balik siap bungkus...hohoho...Semua ini tidak akan dapat kiranya tidur kat hotel...Semua ni hanya dapat dengan bermalam di rumah sahabat karibku...macam adik -beradik gitu...Suasana kampung yang aman...cukup menenangkan jiwa dan raga...relaks...Terima kasih sahabatku...Datuk K...wahahahaha

Jumaat, 18 Februari 2011

BASUH RUMAH DAN STREAMYX

Hari ni g basuh rumah...hohoho...penat sakan...sebelum tu ada g kat TMPoint kat Jalan Tasek untuk mohon Streamyx...kena tunggu minggu depan pulak...sistem down...ambil pakej Combo 1mbps RM110.00...ingat nak ambil yang 512kbps RM 90.00...tapi ia takda panggilan percuma...kalau nak kena tambah RM10.00...pasal bilnya pulak...bil pertama bil telefon je...bulan pertama ni kena bayar penuh kalau buat panggilan...bulan kedua baru percuma...bulan kedua ni bil Streamyx jadi RM 220.00...pasal kena bayar 2 bulan sekali...bulan ketiga baru bilnya stabil...gtu rupanya...

Khamis, 17 Februari 2011

AMBIL KUNCI RUMAH BARUUU

Hari ni g ambil kunci rumah dengan anak tuan rumah...dah dapattt...terus la g beli peralatan membersih rumah kat Jusco [orang moden la katakan]...esok kita gosok sama dia...gosok gosok gosok...uuu...

Rabu, 16 Februari 2011

DEPOSIT RUMAH

Hari ini g membayar baki deposit rumah...RM 6,800.00 kat tuan rumah di pejabat peguam...selesai lagi 1 urusan...hihihi

Ahad, 13 Februari 2011

DAH MAKAN DI .........

Berikut adalah senarai tempat makan yang orang kata popular...ini kerana ia ada tersenarai dan direkomen dalam pelbagai jenis media...dan telah dikunjungi oleh saya semenjak ada kereta sendiri [2010]...many more to come...wahahahaha...

PERAK
- Restoran M Gulam Rasul [Teluk Intan]
- Laksa Pak Ngah [Kuala Kangsar]
- Mee Rebus Ramli [Ipoh]
- Restoran Tasik Raban [Ipoh]
- Warung Mak Teh (mee banjir udang)[Kuala Sepetang]
- Restoran Beriani Gam Prima [Tanjung Malim]
- Nasi Ayam Fauziah [Ipoh]
- Warong Haji Daud Bin Mat Jasak [Ipoh] - Mee Kicap
- Nasi Bamboo Sungai Klah [Sungkai]

PULAU PINANG
- Nasi Kandar Line Clear [Georgetown]
- Nasi Kandar Beratur [Georgetown]

KELANTAN
- Suliza Sup Air Asam & Daging Bakar [Kota Bharu]
- Alemy Meggi Ketam [Semerak]

MERENTAS DESA

Semalam 12/02/2011 [Sabtu] selesai la perlumbaan merentas desa SMK Seri Putera...Rumah Ungu [Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran] dengan penyertaan seramai 22 peserta...seperti yang dijanka telah merangkul tempat kelima keseluruhan dengan pungutan 35 mata...pencapaian individu agak membanggakan dengan Firdaus [PK 5] telah berjaya menduduki tempat ketiga [Gangsa] dalam Kelas 3...selain daripada semua peserta berjaya menamatkan perlumbaan masing-masing...tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini...PENAT TAPI SERONOKKKKK...hihihi

Jumaat, 11 Februari 2011

DUIT! DUIT! DUIT!

Duit pinjaman dah dapat...wahahahaha...pakcik kayaaaaa...(duit dan hutang)... :p...terima kasih CIMB...jasamu dikenang untuk tempoh 20 tahun...wahahahaha all the way to the bank...cucuk cucuk cucuk...

Khamis, 10 Februari 2011

PINJAMAN LAGI...

Mohon pinjaman peribadi dengan CIMB...dah lulus...cepat benar...tapi malangnya sampai la ni duit tak dapat lagi...call 1300880900...dapat jawapan yang ada dokumen yang belum lengkap...dokumen apa pulak?...awat takda orang CIMB bagitau?...esok kena p kat cawangan yang hantar permohonan tu tanya...harap2 semuanya berjalan lancar la...

Rabu, 9 Februari 2011

BATAL PINJAMAN

Semalam 08/02/2011 (Selasa) g Bank Rakyat Medan Gopeng batalkan permohonan pinjaman...kena buat surat rasmi...dapat la balik duit duti stem RM200.00...

Isnin, 7 Februari 2011

Guru Praktikum

Hari ini 2 orang Guru Praktikum dari UPSI melapor diri...Cik lagiiiii...hihihi

KEMBALI...

Setelah sekian lama menyepi...kiniku telah kembali...tu pun kalau ada orang perasan kewujudanku sebelum ini...wahahahaha...PEACE!!!

Dah sesat mai tu...sama ada secara sengaja ke tak...sebelum keluar tu klik la sekali dua kat iklan-iklan yang terpapar tu...hihihi...TQ noh